~Negeri Pahang Darul Makmur Negeri kelahiranku~
Latar Belakang Negeri Pahang
Sejarah Negeri Pahang bemula sebelum didirikan Kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan semenanjung tanah melayu semuanya termasuk dalam kerajaan negeri pahang. Sekarang Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah utara dan baratnya adalah dilikungi oleh banjaran gunung dan disebelah timurnya terbentang Laut China Selatan. Negeri Pahang Darul Makmur juga adalah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu telah menyebabkan negeri Pahang menjadi rebutan orang pada ketika itu. Negeri Pahang pada masa kini boleh dibahagikan kepada sebelas daerah iaitu, Kuantan yang merupakan Ibu Negeri Pahang, Pekan pula dikenali sebagai Bandar Diraja, Rompin, Maran,Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera.
Antara Tempat yang menarik untuk dilawati di Negeri Pahang
Pulau Tioman yang nyaman………
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Teluk cempedak
Gambaran pelbagai jenis waktu di teluk cempedak………
Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.
Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
- Menara tinjau
- Restoran dan gerai-gerai
- Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
- Surau
- Bilik mandi / tandas
- Tembok pinggir pantai
- Pentas
- Hotel
- Tempat letak kereta yang luas.
Cameron highlands
Pemandangan indah nian tak terkata.......ermmmm banyak lagi........
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highlands terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Kepelbagaian juadah yang ada di Negeri Pahang......
Ikan patin masak tempoyak pelbagai cara....... bestz nyew.......rasa skali pasti nak tambah lagi... <3
Pulut panggang orang Pahang~~~ kuih lapis kuih tradisi orang Pahang~~~
Royal puding Negeri Pahang........^__^
Pantun Lagu Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
Pukul gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari-menari
Kami ini dagang merantau
Mengharap belas orang di sini
Dalam majlis tari-menari
Kami ini dagang merantau
Mengharap belas orang di sini
SeLAMAT meLAyRi Blog INI............... :)


















